Wednesday, July 17, 2013

kami buddyz tak kan terpisah....

Posted by Unknown at 2:29 PM
assalamualaikum..

korang semua mesti ada buddyz kan? tak kisahlah time sekolah rendah ke menegah ke or zaman universiti.. macam tu jugak aku... aku ni jenis ramai kawan lelaki dan rapat dengan mereka berbanding kawan perempuan time sekolah-sekolah dulu.. kalau ada pun seciput aje... tapi benda ni dah jadi berbeza bila aku dah masuk alam universiti.. aku dah jadi lebih ramai kawan perempuan.. and mereka-mereka ni lah yang pernah jadi housemate aku.. jadi sebagai tanda persahabatan.. harini aku nak update pasal mereka-mereka yang dicintai ini.. mihmihmih...




1st : NurulHusna bt Abdullah...
dia ni 1st roomate aku dari sem 1 sampai sem 3... orang kelantan.. dia ni jenis lemah lembut and sopan je... stok-stok wanita ayu gitteww... budak ni rajin ok.. aku yang stress duduk satu bilik dengan dia.. yela tengok dia sibuk belajar dan buat asignment tapi aku sibuk main game...  gila kau tak rasa tercabar? mueheheh... tapi sekarang dia dah tak tinggal dengan aku sebab dia dah jadi warga UKLK or bahasa yang lebih mudah difahami dia dah duduk rumah sewa and tak duduk kolej lagi....





2nd : Nur Emilia bt Zulkafli
makcik ni pun orang kelantan jugak...yang ni aku panggil kak emy.. sebab apa? sebab dia tua setahun dari aku yang comel nih.. hikhikhik.. aku dari sem 1 sampai sem 4 ni serumah dengan beliau.. dan masa sem 4 kak emy nih jadi roomate aku.. memang best la kawan dengan dia.. kalau aku ajak buat idea gila je mesti cecepat je dia approve.. pernah ponteng kelas same-same and dia bagi peluang kat aku dengan faiz dating time faiz datang TM.. pandai dia cover line.. muahahaha... ingat lagi masa sem 2, aku ajak dia pegi KL.. pukul 10 pagi kitaorang pergi, pukul 10 malam baru bertolak balik.. hahaha... masa tu kitaorang tengok wayang cerita madagascar.. nak hilangkan tension punya pasal.. lepastu malam-malam jalan kaki dari pudu pergi bangunan sultan abd samad.. kenangan manis tuh... ehehehe...





3rd : Nurul Huda bte Lit
ha yang makcik ni, aku dah sekelas dengan dia dari sem 1 lagi.. tapi sem 4 ni baru la rapat.. sebab sem 4 ni aku baru tinggal serumah sekali dengan dia.. aku rasa makcik ni la yang paling baik pernah aku jumpa.. semua orang dia anggap kawan walaupun sesetengah orang cari pasal dengan dia.. aku respect sangat bab ni... disebabkan beliau tinggal di Ipoh dan sangat la dekat dengan TM berbanding kitaorang ni, jadi setiap kali dia balik Ipoh mesti time nak balik TM tu dia datang bawak makanan.. jimat duit kitaorang.. muahahah... sem 4 aritu sambut befday dia kat kolej.. kebetulan time tu kitaorang semua ada.. jadi ape lagi kan.. selain itu, makcik ni tabah orangnya.. even banyak benda dah berlaku dalam kehidupan dia, tapi dia tetap terima walaupun susah.. nampak kecik jeorangnya tapi dialah yang paling tabah diantara kami selain kak emy...






4th : Siti Fazira bt Yusof
hoihoi.. aku suka makcik ni... sebab? sebab dia satu kepala dengan aku dalam certain-certain benda.. kitaorang ni kira sehati sejiwa la.. walaupun aku suka korea, dia suka hindustan tapi kami tetap buddyz.. mihmih... aku kenal makcik ni sama macam huda dari sem 1.. tapi kenal gitu-gitu je laaa.. takdelah sampai nak bertepuk tampar time tu.. tapi masa tu dia rapat dengan kak emy sebab dia satu kelas dengan kak emy.. aku rapat dengan makcik ni pun masa sem 3.. tapi weolss very-very close start sem 4.. makcik ni baik woiiii.. masa aku sem 3 kan aku duduk rumah sewa.. pastu hujung minggu je aku lepak rumah diorang kat kolej.. sanggaup tu amik dengan anta aku... thanks babyhhh... i love u.. muahahah... start sem 4 ni kitaorang bertambah rapat sebab pemikiran kitaorang hampir sama... suka merayap/travel.. pastu suka buat kerja gila.. n banyak lagilah.. pernah pergi KL 2 kali dalam masa seminggu.. lepastu pergi lumut pun salah satu kerja gila kitaorang.. hikhik

p/s : thank korang sudi jadi kawan baik i... hope our friendship will remain forever... dhea hashim sayang una, k.emy, era, huda.... ehh kenapa kawan-kawan i ni orang kelantan? taw tak i org JDT... muahahahah... i love u sayang-sayangku...

0 comment on "kami buddyz tak kan terpisah...."

 

its all about me Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting