Saturday, March 12, 2011

adakah sudah bersedia?

Posted by Unknown at 6:04 PM

Anda telah sedia utk bercouple jika...
Niat anda memang utk berkahwin dgn "sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.


Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika...
Suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.


Anda telah sedia utk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan untuk tidak terlibat dgn perkara-perkara yg diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yg sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yg membawa kpd 'muqaadimah' zina.


Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan utk menahan diri drpd melakukan perbuatan-perbuatan negatif spt berpegangan tangan, menyentuh dan...dot-dot.


Anda telah sedia utk bercouple jika...
Sudah lepas ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yg baik dlm pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yg tetap.


Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardhu Ain. Mengaji Al-Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dlm pelajaran. Atau anda adalah penganggur yg masih tercari-cari pekerjaan.


Anda telah sedia utk bercouple jika...
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bln Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dlm erti kata yg sebenar.


Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika...
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...


sumber : tentang cinta...
' Tidak payah bersentuhan tangan,
kerana kita sudah bersentuhan hati.
Tak payah berbalas kerlingan mata
kerana kita sudah pun berbalas-balas doa. '

^^

0 comment on "adakah sudah bersedia?"

 

its all about me Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting